Luar Negara

Presiden Iran, Ebrahim Raisi maut dalam nahas helikopter terhempas

BERITA yang menyedihkan bagi negara Iran dan juga negara Islam kerana kehilangan seorang pemimpin yang memperjuangkan negara Palastine.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi disahkan meninggal dunia selepas helipkpter dinaiki beliau terhempas di Kawasan pergunungan barat laut Iran.

Pegawai kerajaan Iran memaklumkan helikopter yang hilang itu ditemukan terbakar sepenuhnya dan tiada mangsa terselamat ditemui di lokasi nahas helikopter itu.

Helikopter yang dipercayai membawa presiden Iran

Menurut Ketua Bulan Sabit Merah Iran, helikopter yang ditemukan itu dalam keadaan tiada baik.
“Helikopter itu telah ditemui. Sekarang, kami bergerak ke arah helikopter,” kata ketua Bulan Sabit Merah, Pirhossein Koolivand, sambil menambah ‘keadaan tidak baik.

Laporan awal daripada pasukan mencari dan menyelamat menunjukkan bahawa semua penumpang di dalam helikopter itu, termasuk Raisi dan Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian terkorban dalam nahas itu.

Persatuan Bulan Sabit Merah Iran sebelum ini mengesahkan telah tiba di tapak nahas susulan dron milik Turki mengesan satu kawasan di Wilayah Azerbaijan Timur yang mengeluarkan haba.

Sejurus itu 73 pasukan termasuk unit anjing pengesan dikerah ke kawasan terbabit namun berdepan cuaca hujan dan kabus tebal.

Terdahulu, helikopter yang membawa Presiden dan Menteri Luar Iran itu dilaporkan terpaksa melakukan ‘pendaratan kecemasan’ di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Insiden itu berlaku pada Ahad di Hutan Dizmar antara bandar Varzaqan dan Jolfa di Wilayah Azerbaijan Timur ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.

Penduduk tempatan dilaporkan mendengar ‘bunyi kuat’ di wilayah berkenaan tidak lama selepas itu.

Kreadit : Awani

Artikle Berkaitan :>

Helikopter bawa president Iran dan menteri lain terhempas

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button