Presiden Filipina adakan Lawatan Negara ke Malaysia
PUTRAJAYA – Presiden Filipina, Ferdinand R Marcos Jr mengadakan lawatan negara sulungnya ke Malaysia selama tiga hari bermula Selasa.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatan Marcos Jr itu menggambarkan jalinan persahabatan dan hubungan erat antara kedua-dua negara selaku jiran rapat serta negara anggota ASEAN.
Ia termasuklah menerusi pertukaran lawatan di tahap tertinggi seperti lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Manila pada Mac lalu.
Ketibaan Marcos Jr diiringi oleh pasangannya, Louise Araneta-Marcos dan deligasi antaranya setiausaha kabinet, ahli-ahli politik serta pegawai kanan Filipina.
Beliau akan diberikan Sambutan Negara oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu.
Selepas itu, Marcos Jr dijadual akan mengadakan Kunjungan Menghadap ke atas Yang di-Pertuan Agong, disusuli dengan Majlis Santapan Negara.
Sewaktu lawatan tersebut, Marcos Jr juga dijadualkan bertemu dengan Anwar dan kedua-dua pemimpin dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
Pada tahun 2022, Filipina merupakan rakan dagangan dunia ke-15 terbesar Malaysia dan kelima terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM41.45 bilion (AS$9.42 bilion).
Semalam Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Infineon Technologies AG.
Infineon telah beroperasi di negara ini selama 50 tahun (sejak 1973).
Malaysia ialah hab penting bagi Infineon dalam pembuatan fabrikasi wafer (Kulim, Kedah) dan aktiviti pembungkusan semikonduktor cip (Melaka).
Ini terbukti melalui jumlah pelaburan sebanyak RM28 bilion yang telah dilakukan oleh syarikat di Malaysia sehingga kini.
Ketua Pegawai Operasi Infineon Technologies AG, Dr. Rutger Wijburg, turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat tersebut.
Keyakinan berterusan Infineon terhadap ekosistem pelaburan Malaysia mencerminkan kedudukan Malaysia yang penting dalam rantaian bekalan semikonduktor global.
Ia menjadi pelengkap kepada Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dan fokus di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu iaitu untuk menarik pelaburan berteknologi tinggi dan bernilai tinggi bagi menyokong ekonomi global dan
Dalam pada itu seperti yang Perdana Menteri tekankan sebelum ini, kerajaan serius untuk terus menambah baik dan memperkasa ekosistem serta landskap pelaburan negara bagi mengekal dan menggalakkan lagi pelaburan langsung asing.
Perdana Menteri bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Tengku Zafrul, telah menyampaikan Pas Pelabur Strategik dan Pekerja Nomad Digital dalam sektor pembuatan.
Ia bertujuan menyemarakkan kemasukan pelaburan berkualiti dan mobiliti profesional digital dalam negara.
Perdana Menteri mengucapkan terima kasih atas koordinasi yang baik antara MITI, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Komunikasi dan Digital, Jabatan Imigresen Malaysia, Malaysia Investment Development Authority (MIDA), Talent Corporation, dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).