PPV di masjid akan dibuka di Terengganu
Masjid dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi meningkatkan kapasiti vaksinasi di seluruh negara.
Terbaharu Penyelaras Program Vaksinasi yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin mengumumkan beberapa buah masjid di Terengganu akan dijadikan PPV.
“Pagi ini ke Kota Bharu untuk mempengerusikan CITF Kelantan bersama YAB MB. Kapasiti suntikan Kelantan semakin meningkat dan akan melebihi 20,000 per hari pada Julai. Banyak initiatif outreach ke kampung dan pedalaman dilaksanakan.
“Petang ke Kuala Terengganu untuk mempengerusikan CITF Terengganu bersama YAB MB dan melawat beberapa PPV. Terengganu bakal membuka beberapa PPV di masjid-masjid dalam masa terdekat,” katanya dalam ciapan ke twitter miliknya petang ini.
Sebelum ini Kelantan antara negeri yang ramai tidak hadir untuk vaksinasi iaitu sebanyak 10,000 orang walaupun mereka telah berdaftar di dalam MySejahtera.
Sebelum ini dilaporkan sebuah PPV masjid pertama di Terengganu akan mula beroperasi pada 19 Jun ini di Masjid Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu.
Kerajaan menjangkakan mendapat lebih banyak bekalan vaksin pada bulan Jun, Julai dan Ogos bagi membolehkan lebih banyak PPV dibuka serta lebih banyak kaedah vaksinasi dilaksanakan.
Selain dari kaedah PPV tetap yang dilaksanakan ini, sedang diaturkan termasuk juga PPV bersifat sementara iaitu PPV masjid.
Sasaran kita sekitar 600 PPV seluruh negara dan ada PPV Mega. PPV Mega seperti di World Trade Centre (WTC) yang boleh melaksanakan lebih 8,000 suntikan setiap hari.
PPV Mega Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, melaksanakan sekitar 3,000 suntikan. PPV yang baharu dibuka adalah Malaysia International Trade and Exhibition (MITAC) di Kuala Lumpur, yang melaksanakan 3,000 suntikan.
Lima lagi PPV Mega iaitu di Suria KLCC (Kuala Lumpur City Centre), The Mones Exhibition Centre, Setia Alam Convention C, UiTM Puncak Alam dan khemah besar di Stadium Nasional Bukit Jalil.