Nasional

Poster Elaun Madani untuk penjawat awam, palsu

POSTER yang tersebar di media sosial mendakwa kerajaan akan memperkenalkan Elaun Madani dengan bayaran minimum RM800 kepada penjawat awam adalah palsu.

Kementerian Kewangan menerusi hantaran di Facebook hari ini menegaskan, maklumat tersebut tidak benar dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati serta tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu di media sosial.

“Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan adalah sah dan betul. Tidak pasti, jangan kongsi,” menurut hantaran itu. – SM

BACA Surat arahan tonton filem Anwar: The Untold Story palsu

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button