Nasional

Surat arahan tonton filem Anwar: The Untold Story palsu

Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan pihaknya mengeluarkan arahan kepada semua ketua bahagian, pengarah pendidikan negeri, pengetua dan guru besar untuk menonton filem biopik ‘Anwar: The Untold Story’.

KPM mngeluarkan poster media sosial menyatakan surat berkenaan adalah palsu.

“KPM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan penganjuran tayangan filem seperti yang ditularkan.

“Semak kesahihan maklumat, tidak pasti jangan kongsi,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook kementerian hari ini.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, berkongsi surat arahan penganjuran sesi menonton tayangan filem berkenaan bersama-sama warga pendidik dan murid sekolah menerusi Facebook hari ini.

Perkongsian oleh Ahli Parlimen dari PAS berkenaan untuk bertanya sama ada surat itu sahih atau sebaliknya. – SM

(Visited 290 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button