Belang Bertempat

Politikus, peminat politik disyor baca karya Romen Bose

SAYA tidak mahir untuk menulis A Book Review. Ini merupakan percubaan pertama saya. Maafkan sekiranya Book Review ini tidak sempurna.

Buku ini berada di pasaran pada 14 Disember 2021 yang lalu. Saya mengambil masa 20 hari untuk menghabiskan membaca buku ini kerana saya mengambil masa panjang membacanya secara perlahan-lahan pada cuti bulan Disember lalu.

Buku tulisan Romen Bose ini amatlah menarik dan amat perlu dibaca oleh ahli-ahli politik serta peminat isu-isu semasa negara.

Romen Bose adalah seorang individu yang bertugas sebagai Political Communication Advisor (Penasihat Komunikasi Politik) kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Buku ini mengisahkan perkara-perkara yang berlaku beberapa tahun sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sehinggalah kepada malam 9 Mei 2018, ia menceritakan detik-detik bagaimana Barisan Nasional (BN) dan UMNO tumbang setelah 61 tahun memerintah negara ini.

Ia juga mengisahkan Peristiwa Kehilangan MH370 dan Tragedi MH17 yang ditembak jatuh dan bagaimana Najib Razak berhadapan dengan isu-isu getir ini.

Buku ini secara detail menceritakan beberapa perkara yang amat menarik.

Pertama, bagaimana sekiranya Najib Razak mengadakan PRU14 awal iaitu di antara bulan Jun hingga bulan Disember tahun 2017, besar kemungkinan BN dan UMNO akan tetap dapat mempertahankan kuasa memerintah Kerajaan Persekutuan.

Ini kerana pada ketika itu terdapat beberapa Feel Good dan Wow Factor terhadap BN dan ketika itu juga Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Pakatan Harapan (PH) belum lagi bersedia untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum.

Penulis Romen Bose juga mengariskan beberapa perkara secara detail kenapa dan bagaimana KERAJAAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL boleh tersungkur pada malam 09 Mei 2018. Antaranya:

(i)Ekonomi Negara yang lembab dan serangan demi serangan terhadap Kerajaan Najib Razak mengenai Isu Skandal Kewangan 1MDB menyebabkan sejumlah besar rakyat merasa tidak gembira dengan Kerajaan.

Sebahagian besar rakyat juga merasakan Kerajaan Najib Razak adalah kerajaan rasuah dan membazirkan wang rakyat dengan skandal 1MDB.

Manakala cukai baru GST dilihat menambah beban kepada rakyat jelata.

(ii).  Naratif Tun Mahathir bahawa skandal 1MDB adalah sesuatu yang buruk untuk negara manakala Tun Mahathir kata, pemberian wang BR1M (wang tunai) adalah seolah-olah membeli undi rakyat dalam Pilihanraya Umum.

Ini menyebabkan ramai rakyat kelas pertengahan (middle-class) merasakan bahawa cukai terhadap rakyat iaitu cukai baru GST adalah untuk menanggung kerugian kehilangan wang 1MDB dan untuk membeli undi rakyat pada PRU14.

Naratif kebencian ini amat berkesan.

(iii). Roman juga menulis, berdasarkan kepada analisa, tahun 2017 merupakan tahun yang tepat untuk Najib mengadakan (memanggil) Pilihanraya Umum dan menang.

Pada bulan Mac 2017, Habibul dan Datuk Seri Salleh Keruak (Bendahari UMNO) jumpa PM Najib Razak untuk mencadangkan agar diadakan PRU pada bulan Mei atau Jun 2017.

Tetapi usaha ini gagal kerana Najib menunggu untuk menyelesaikan isu persempadanan semula.

(iv). Roman juga menulis bahawa sekiranya berlaku pertandingan 3 penjuru, BN dijangka akan hanya menang 120 kerusi Parlimen sahaja.

Tetapi akhirnya pertandingan 3 penjuru BN-PH-PAS telah banyak merugikan BN dan telah memberikan kemenangan yang cukup untuk BERSATU di kerusi-kerusi majoriti Melayu untuk PH menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru.

(v). Strategi kempen besar-besaran dengan membeli banyak ruangan iklan kempen di akhbar-akhbar serta poster di billboards di tepi-tepi jalan dan lebuhraya, menghebahkan kejayaan-kejayaan Kerajaan Najib Razak telah menambahkan kemarahan rakyat yang beranggapan ini merupakan satu pembaziran duit rakyat yang sedang dihimpit dengan kesusahan dan ditambah pula dengan cukai tambahan iaitu Cukai GST.

Naratif kebencian terhadap Kerajaan, Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor sampai di kemuncaknya.

(vi). Tambahan pula Pakatan Harapan mengeluarkan satu manifesto janji-janji manis termasuklah untuk menghapuskan Cukai GST, tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN, menghapuskan semua tol jalanraya dan lain-lain dalam jangka masa 100 hari mereka memerintah Putrajaya.

Ini amat menarik minat rakyat ketika itu.

Barisan Nasional tidak menjanjikan apa-apa kecuali mengekalkan kesejahteraan dan kemakmuran negara secara umum.

Secara keseluruhannya, buku ini amatlah baik untuk dibaca. Penulisannya pun amat baik dan menghiburkan.

Terdapat banyak fakta yang saya tidak ketahui sebelum ini termasuklah apa sebenarnya berlaku pada 9 Mei 2018.

Cerita-cerita disebalik tabir di Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah memberikan gambaran yang amat jelas bagaimana PM ketika itu Najib Razak memerintah negara ini selama 9 tahun dari 2009 sehinggalah Mei 2018.

Buku ini boleh dibeli di MPH Book Store dengan harga RM108-95 dengan diskaun 10% untuk Ahli MPH. Menjadikan harga buku hanya RM98-95.

Saya amat tertarik membaca buku ini dan saya harap pembaca yang sudi membaca dan membeli buku ini, juga akan mendapat manafaat yang besar dari buku tersebut.

FINAL RECKONING

A blockbuster political book. Intrigue, disaster, incompetence and a blow-by-blow account of what happened to Najib Razak’s Government leading to the 14th General Elections in May 2018. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button