Nasional
Polis tembak mati dalang sindiket samun emas
POLIS menembak mati seorang penjenayah yang disyaki menjadi dalang dalam 25 kejadian samun emas di enam negeri sejak 2018 dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Slim Lama dekat Tanjung Malim pada Isnin.
Dalam kejadian sekitar jam 3.10 pagi itu, lelaki berusia 43 tahun yang memandu kereta jenis Nissan Almera dikesan pasukan polis sedang memecut laju di jalan terbabit.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, dalam adegan kejar-mengejar itu, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah dua kenderaan polis yang dinaiki lapan anggota.