Nasional

Polis tahan pengasas aplikasi Sugarbook

PENGASAS aplikasi kontroversi yang dikatakan membawa kepada aktiviti tidak bermoral ditahan dalam Ops Sugarbook petang semalam.

Ketua Jabatan Siasata Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di perkarangan Icon Residens, Kuala Lumpur.

“Suspek ditahan kira-kira pukul 4.30 petang semalam dan hasil siasatan awal mendapati dia mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook.

“Permohonan reman akan dibuat pada hari ini di Mahkamah Shah Alam,” katanya tengah malam tadi.

Menurut Fadzil, kes kini disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan

Aplikasi tersebut menjadi kontroversi sebelum ini kerana dikatakan boleh membawa penggunanya ke lembah maksiat.

Polis memulakan siasatan terhadap aplikasi tersebut selepas mendapati beberapa pelajar universiti menggunakan Sugarbook untuk mendapat ‘sugar daddy’ bagi menampung kehidupan mewah mereka. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button