JenayahNasionalNegeri

Polis siasat kematian pelajar Tingkatan 3 di Manjung

POLIS menyiasat kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan 3, Sabtu lalu selepas dimasukkan ke Hospital Seri Manjung (HSM) pada 16 Jun.

Ketua Polis Manjung, Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan kematian mengejut pelajar lelaki tersebut pada pukul 4.30 petang semalam selepas mengadu tidak sihat di sekolah pada Jumaat lalu.

“Siasatan awal dengan pihak sekolah mendapati pelajar itu dilihat tidak sihat dengan berjalan menggunakan tongkat kerana mengalami kesakitan pada bahagian kaki sebelum menelefon keluarga mangsa untuk dibawa pulang.

“Keluarga pelajar kemudian membawa mangsa pulang ke rumah sebelum membawanya ke hospital setelah mendapati keadaan anak mereka semakin teruk.

“Keadaan mangsa semasa diterima di Jabatan Kecemasan adalah tenat dan diberikan bantuan pernafasan serta-merta dan terus dimasukkan ke wad rawatan rapi bagi penjagaan pakar pada pukul 10.10 malam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nordin berkata, pihak hospital kemudian memaklumkan bahawa pelajar terbabit meninggal dunia pada pukul 12.06 tengah malam.

“Pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan punca kematian mangsa akibat ‘Alute Massive Pulmonary Embolism’ atau darah beku tersumbat pada paru-paru.

“Polis membuka kertas siasatan bagi kes mati mengejut dan kita minta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian ini,” katanya. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button