JenayahNasionalNegeri

Polis periksa pikup Thailand elak barang subsidi diseludup

BARANGAN subsidi negara ini jangan sesekali dibiar terlepas masuk dengan cara diseludup ke Thailand. Jangan dibiar hakmilik rakyat negara ini diseludup bagi menguntungkan orang luar dengan sewenang-wenangnya.

Berikutan itu kemasukan kenderaan pikup dari Thailand setiap hari di pintu sempadan Padang Besar – Thailand untuk mengambil barang mentah dari pembekal dan syarikat di negara ini dibimbangi oleh pihak berkuasa akan diselit dengan barang subsidi secara seludup.

INI antara kenderaan pikup Thailand yang diperiksa di pekarangan IPD Padang Besar, Perlis.

Pelaksanaan Operasi Bersepadu hari ini yang melibatkan tujuh pegawai, 25 anggota daripada Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, Trafik IPK dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis bagi memastikan tiada barang subsidi diseludup ke Thailand.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Assisten Komisioner, Mohd. Shokri Abdullah berkata, sasaran pemeriksaan lebih ditumpukan kepada kenderaan pikup.

“Setiap hari kenderaan pikup berulang alik dari Thai masuk ke negara ini untuk mengambil bahan mentah yang kita bimbang barang subsidi cuba diseludup bersama,” katanya pada sidang akhbar di IPD Padang Besar.

MOHD SHOKRI ABDULLAH

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perlis, Assiten Komisioner Wari Kiew.

Mohd Shokri berkata, sebanyak 15 kederaan pikup Thailand dibawa ke IPD Padang Besar untuk pemeriksaan.

“Kita akan memastikan tiada barang subsidi seperti minyak masak diseludup menggunakan kenderaan pikup ini,” katanya.

Beliau berkata, jika ada pihaknya akan menyerahkan kepada pihak KPDNKK untuk tindakan lanjut.

Mohd Shokri berkata, pihaknya bercadang melakukan operasi ini dari semasa ke semasa atau secara berkala.

Bagaimanapun katanya, jika ada maklumat pihaknya akan memeriksa kenderaan pikup terbabit.

Mohd. Shokri berkata, setakat ini penyeludupan barang subsidi menggunakan pintu sempadan Padang Besar – Thailand masih terkawal. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button