Nasional
Polis minta bantuan kesan saksi
POLIS meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang saksi lelaki bagi membantu Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata, saksi kali terakhir dilihat di Blok R-10-5, Cheria Heights Apartment, Taman bukit Cheras.
“Suspek merupakan seorang warga tempatan bernama Nurin Francis James dan berusia 29 tahun,” katanya.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi Asisten Superintenden Rohaini Baharom di talian 019-2619682 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. -SM