Nasionalpilihan

Polis cari waris wanita ditemui mati di Pantai Puteri Ahad lepas

Polis sedang mengesan waris seorang wanita yang ditemukan mati tertiarap tertanam di dalam pasir di Pantai Puteri kira-kira pukul 8.00 pagi pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, usaha mengesan keluarga wanita berusia dalam lingkungan 20-an kerana mayat mangsa masih belum dituntut di Jabatan Forensik Hospital Melaka.

“Wanita yang ditemui mati itu berketinggian lima kaki dua inci, bersusuk badan sederhana.

“Bentuk mukanya bujur, berkulit langsat, berambut panjang melepasi paras bahu dan memakai t/shirt berwarna hitam tertulis ‘MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH’ serta berseluar panjang berwarna hitam,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sewaktu mayat itu ditemui orang ramai tidak ada sebarang pengenalan diri ditemui pada wanita berkenaan.

Sehubungan itu beliau meminta ahli keluarga, waris atau orang ramai yang mengenali mangsa untuk menghubungi Pegawai Penyiasat SM Ab. Halim Abdullah di talian 017-6222846.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan melalui talian hotline IPD Melaka Tengah di talian 06-2841999. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button