Nasional

Polis buru lelaki bantu siasatan kes kematian isteri

POLIS sedang mencari seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang wanita yang mengalami kecederaan dan lebam pada badannya dipercayai dibunuh.

Lelaki dipercayai suami mangsa dikenali sebagai Mohamed Imran Mohamed yang alamat terakhirnya ialah Apartment Sutera Pines, Sungai Long, di Kajang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kematian wanita itu yang dibuat seorang jururawat dari hospital Kajang. Mangsa tidak sedarkan diri dan dipercayai telah meninggal dunia pada jam 12.15 tengah hari Ahad.

“Mangsa dihantar ke hospital oleh suaminya yang kemudian menghilangkan diri selepas mengetahui isterinya telah meninggal dunia. Pemeriksaan awal oleh pegawai perubatan hospital mendapati terdapat kecederaan dan lebam di seluruh badan mangsa yang berusia 38 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini (27 Julai).

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan keputusan mengesahkan punca kematian adalah akibat dipukul dengan objek tumpul sehingga menyebabkan kecederaan dalaman yang serius. ” -SM

Baca : Rangka kerja MADANI akan memacu pertumbuhan ekonomi-Samenta

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button