Jenayah

Polis ambil keterangan warga asing sebar ajaran Kristian

KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan dua warga asing yang dipercayai cuba menyebar ajaran Kristian di depan sebuah pasar raya di Desa Setapak.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Azry Akmar Ayob berkata, kedua-dua pelancong Amerika Syarikat berusia lingkungan 30an itu dipercayai telah berada di Malaysia sebelum 25 Dis sempena sambutan Krismas.

“Kami telah rakam percakapan pengadu dan dua orang warga asing yang terlibat dalam insiden ini,” katanya.

Bercakap pada sidang media hari ini, Azry menambah, siasatan polis berhubung perkara itu masih berjalan.

Semalam, Ketua Polis Wangsa Maju Mohamad Lazim Ismail mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 30 Dis lepas dan tiga individu dipercayai terbabit sedang dikesan.

Terdahulu, tular di media sosial video menunjukkan beberapa individu dikatakan menyebarkan risalah berkaitan ajaran Kristian di depan sebuah pasar raya.

Bagaimanapun, setelah ditegur oleh orang awam, mereka kemudian beredar.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button