Politik

Polemik kerajaan Pakatan Nasional tidak akan bawa Melaka ke tahap lebih baik

BEKAS Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron  menasihatkan pemimpin Pakatan Harapan di negeri itu memberi tumpuan terhadap kemajuan negeri.

Jelas Idris, polemik mengenai kerajaan Pakatan Nasional yang digembar-gemburkan  tidak akan membawa Melaka ke tahap yang lebih baik sebaliknya akan mendukacitakan rakyat.

“Saya saran kepada kerajaan dan Ketua Menteri supaya lebih fokus dan segera mengambil tindakan serta bertegas termasuk memecat exco yang berdegil dan tidak berfungsi dan menggantikan dengan yang lebih cekap dan berkesan.

“Rakyat sangat menderita dan merana, keperluan asas lebih dipolitikkan walhal ia sepatutnya menjadi keutamaan. Exco lebih menunding jari dan dengan angkuh bercakap tanpa fakta dan angka. CM pernah menyebut nak contohi nilai-nilai orang Jepun, nah apa lagi pecatlah,” kata Idris.

Beliau mengulas mengenai dakwaan  Pengarah Komunikasi PKR Melaka G Rajendran bahawa Melaka mungkin akan menjadi negeri pertama mewujudkan kerajaan campuran baru Pakatan Nasional.

Related Articles

Rajendran berkata,  terdapat perbincangan oleh beberapa pemimpin PKR dan Bersatu negeri untuk mewujudkan kerajaan negeri baru bersama UMNO.

Katanya, beliau boleh mengesahkan terdapat perbincangan di kalangan beberapa pemimpin PKR dan Bersatu untuk menukarkan Ketua Menteri Adly Zahari dan digantikan dengan salah seorang exco negeri.

“Berkaitan dengan perubahan kerajaan, saya tunggu dan lihat, Presiden parti telah menegaskan pendirian dan sikap parti terhadap kerajaan pintu belakang dan saya bersama menyokong

“Presiden atas dasar itu, jika ada sekarang inisiatif ia mesti berpunca dari Kerajaan PH itu sendiri.

“Para exco yang lebih sibuk menjual diri untuk menjadi CM mengatasi fungsi mereka sebagai exco sehingga potfolio lemah dan ternyata gagal pun ada hati nak jadi CM,” kata Idris.

Menurut Idris, selaku Ketua Pembangkang beliau tetap menunggu masa dan ketika kemuncak penolakan rakyat terhadap Pakatan Harapan sama ada dalam masa terdekat atau pada Pilihan Raya Umum ke-15.

“Exco-exco kerajaan masih lagi terpinga-pinga dan dibuai mimpi walaupun telah hampir dua tahun menjadi kerajaan. Pada saya rakyat Melaka telah pun mengetahui dan menyedari kelemahan kerajaan.

“Mereka di dalam PH semestinya sedar diri bahawa mereka telah diberi peluang tapi mereka melepaskannya begitu saja,” tegas Idris.-SM

 

 

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button