Rencah Hidup

[VIDEO] Tergamak ajar anak mencuri di pasar raya

SEORANG ibu dilihat tergamak mencuri di sebuah pasar raya bersama anaknya.

Menerusi satu video yang tular dalam media sosial, seorang wanita dipercayai berusia lingkungan 50-an ditangkap ketika mencuri bersama anaknya.

Dalam video tersebut, wanita serta anak lelakinya berkenaan dilihat mengeluarkan beberapa barangan yang dicuri seperti deodoran, sabun dan makanan dalam tin.

Kesemua barangan tersebut dikeluarkan selepas dipaksa oleh pekerja pasara raya berkenaan selepas mengesan dua beranak itu mencuri.

Bagaimanapun, lokasi pasar raya berkenaan tidak didedahkan.

[BACA ARTIKEL] Ibu bapa Nora Anne kemuka permohonan inkues kepada Tommy Thomas — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Sultan Selangor berduka sikap bapa haruan makan anak – Suara Merdeka

Selain disembunyikan dalam beg tangan, barangan tersebut turut disorokkan dalam poket, seluar, baju dan bahagian tersorok lain bagi mengelak dikesan.

Namun, sangkaannya meleset apabila beberapa pekerja berjaya menahan mereka mencuri bersama sebuah troli.

Netizen yang menyaksikan video tersebut meluahkan rasa kecewa terhadap wanita tersebut yang sanggup mengajar anaknya melakukan jenayah itu.

“Buat malu sahaja, dengan anak pula itu ajar mencuri,” komen Wan Wann.

“Kalau curi makanan yalah, faham lapar. Ini curi barang lain, dengan budak pula,” kata Ayieh Ibnu Hasan Albasri.

“Bawa anak sekali, kenapalah buat macam itu makcik, tak fasal-fasal malu sebab kantoi,” komen Quewadi Wadi.

[BACA ARTIKEL] Wuhan: Ibu rayu anak sakit kanser diberi rawatan — Suara Merdeka

“Macam mana dia sumbat banyak-banyak dekat dalam seluar. Esok anak mencuri jangan nak salahkan anak pula. Aduhailah makcik dia,” luah Katipah Atie. – SM

(Visited 781 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button