Politik

PN tidak janjikan bulan dan bintang, lakukan yang terbaik

PERIKATAN Nasional tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat.

Namun menurut Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, parti itu mempunyai komitmen yang tinggi untuk melakukan yang terbaik apabila diberikan mandat oleh rakyat.

“Kami akan memberikan yang terbaik mengikut kemampuan kami dan kami akan pastikan tiada siapa yang akan ketinggalan,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, rekod Kerajaan Perikatan Nasional mentadbir negara boleh dijadikan rujukan utama oleh pengundi di negeri Melaka pada pilihan raya yang akan berlangsung di negeri itu.

Menurut Muhyiddin, Perikatan Nasional prihatin terhadap nasib rakyat.

Parti itu akan melaksanakan apa juga perkara yang boleh membantu rakyat menghadapi waktu yang paling sukar dalam hidup mereka.

‘’Saya tidak berniat mendabik dada tetapi lihatlah kejayaan yang kita capai hari ini dalam pengurusan pandemik dan bantuan untuk rakyat hasil daripada usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Perikatan Nasional.

‘”Inilah buku rekod kita yang akan kita bentangkan kepada rakyat negeri Melaka sebagai panduan untuk mereka membuat pilihan yang terbaik,’’ katanya.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button