Politik

PN lawan BN di PRK DUN Nenggiri

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos ini menyaksikan pertembungan sengit antara Barisan Nasional (BN dan Perikatan Nasional (PN) selepas penamaan calon ditutup pagi ini.

Calon BN ialah Ketua Pemuda Umno Gua Musang Azmawi Fikri Abdul Ghani, yang mewakili kerajaan perpaduan, manakala PN menamakan Rizwadi Ismail dari Bersatu, yang baru-baru menyertai parti itu daripada PAS.

Nama-nama calon diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya Nik Raisnan Daud di Dewan Perdana di Gua Musang, Kelantan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan pengumuman kekosongan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lalu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button