Nasionalpilihan

PM umum peruntukan tambahan RM50 juta perluas inisiatif RAHMAH

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memperluaskan inisiatif RAHMAH ke seluruh Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Anwar menjelaskan, beliau mahu inisiatif itu diperluas berdasarkan kejayaan awal program itu yang menunjukan hasil memberangsangkan. Program RAHMAH yang menyentuh secara langsung golongan berpendapatan rendah dilihat sebagai antara elemen penting dan utama dalam usaha kerajaan menoktahkan golongan miskin tegar tahun ini.

“Inisiatif Rahamah ini Berjaya mengurangkan harga antara 10% ke 15% tetapi kalau macam Menu RAHMAH itu dalam sejam dua habis. Sambutan terhadap inisiatif Rahmah ini baik terutama di luar bandar dan ada juga di bandar yang melibatkan golongan miskin bandar.

“Tapi sekarang ini satu kawasan Parlimen satu, jadi saya minta diperluaskan, walaupun ‘small scale’ tetapi kita ‘target’ yang betul-betul miskin, dan kos RM50 juta khusus untuk Jualan RAHMAH,” katanya selepas menghadiri Majlis Penutup Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan pada Ahad.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak & Tugas-Tugas Khas) Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof serta Pegawai Kanan Kementerian. – SM

Artikel berkaitan > PM rasmi Majlis Penutup Hari Pengguna Kebangsaan 2023

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button