MALAYSIA sekali lagi menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed dilantik sebagai Presiden International Social Security Association (ISSA) yang ke-17.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan di akaun Twitter rasminya, mengucapkan tahniah kepada Azman Aziz atas lantikannya sebagai Presiden ISSA ke-17.
Katanya, pemilihan beliau sebagai Presiden ISSA itu amat bermakna buat seluruh Keluarga Malaysia kerana ia membuktikan kepercayaan dunia terhadap kepemimpinan Malaysia.
“Tahniah Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO atas pemilihan sebagai Presiden International Social Security Association (ISSA) ke-17, bagi tempoh 2023-2025.
“Pemilihan ini amat bermakna buat seluruh Keluarga Malaysia kerana ia membuktikan kepercayaan dunia terhadap kepemimpinan Malaysia dalam bidang keselamatan sosial dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa,” katanya.
Untuk rekod, Azman Aziz telah berkhidmat dengan Perkeso sejak 15 tahun yang lalu.
Artikel berkaitan > Azman Aziz dilantik sebagai Presiden ISSA yang ke-17
Malaysia di pentas dunia!
Tahniah Dato’ Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif @PERKESOofficial atas pemilihan sebagai Presiden International Social Security Association (ISSA) ke-17, bagi tempoh 2023-2025.
Syabas dan selamat bertugas!#KeluargaMalaysia@myksm pic.twitter.com/N8CnjumM9T
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) October 29, 2022