Politik

PM tidak boleh jadi jutawan, kekayaan selepas dilantik boleh dirampas – Tun M

BEKAS perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, segala kekayaan yang diperolehi selepas seseorang menjadi perdana Menteri boleh dirampas oleh pihak yang berkuasa.

Ini kerana segala kekayaan yang diperolehi selepas menjadi perdana menteri boleh dianggap sebagai haram.

“Sebenarnya PM tidak boleh ada duit banyak. Penerimaan derma pun salah walaupun dengan ikhlas. Jika ada duit diterima, ianya untuk parti. Tetapi jika di masuk akaun peribadi, itu salah.

“Jika didakwa bahawa tokoh negara asing yang menderma untuk apa tujuan pun ia tetap salah. Ahli politik dalam negeri tidak boleh terima hadiah atau derma dari negara asing kerana ini memberi peluang kepada negara asing untuk campurtangan dalam politik dalam negeri.

“Oleh sebab itu segala kekayaan Perdana Menteri yang didapati selepas ia menjadi PM hendaklah dianggap sebagai haram dan boleh dirampas oleh pihak yang berkuasa,” kata Dr. Mahathir dalam artikel terbaharu yang disiarkan di blognya hari ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, biasanya mereka yang menjadi perdana menteri tidak kaya.

Jika yang dilantik sebagai perdana menteri seorang yang kaya, individu itu tentu mengisytiharkan kekayaan yang dimiliki sebelum dilantik.

Malah rakyat juga boleh mengenalpasti sama ada invidu tersebut mempunyai kekayaan atau tidak ketika dilantik sebagai perdana menteri.

Justeru katanya, rakyat berhak mendakwa harta yang dimiliki perdana menteri sebagai haram jika perdana menteri itu menjadi jutawan selepas dilantik.

“Biasanya Perdana Menteri tidak kaya. Jika dia kaya maka tentulah dia isytihar di waktu dilantik yang dianya memiliki kekayaan. Bahkan awal-awal lagi dia di kenal sebagai orang kaya, sebagai jutawan. Jika dia tidak dikenali sebagai orang kaya maka ini juga akan diketahui oleh masyarakat.

“Tetapi apabila Perdana Menteri selepas menjadi PM menjadi jutawan, rakyat berhak mendakwa dia telah dapat wang itu secara haram,” kata Dr. Mahathir.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button