Nasionalpilihan

PM sampaikan bantuan kepada pelajar UniMAP terlibat kebakaran

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui, Setiausaha Politiknya, Kamil Munim telah menyalurkan bantuan bagi pihak saya kepada para pelajar yang terlibat dalam insiden kebakaran di aras bawah Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Perdana Menteri turut mendoakan semoga semua yang terlibat tabah hadapi dugaan ini dan kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi akan memberi bantuan sewajarnya.

Dalam kejadian pada 11 Mei,  26 buah motosikal pelbagai jenis milik pada pelajar yang diletakkan di kawasan pakir kolej penginapan tersebut musnah dalam kebakaran hari ini.

Kejadian kira-kira 4.40 pagi di Blok B, Kompleks Perumahan atau kolej kediaman pelajar itu menyebabkan mereka mengalami kerugian besar selepas motosikal dikatakan lebih 90 peratus musnah.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, berdasarkan pemeriksaan dan disahkan pengetua blok berkenaan, hanya 26 motosikal terbakar manakala 10 lagi mengalami kerosakan kecil.

“Punca kebakaran masih belum diketahui dan kita menunggu laporan pemeriksaan daripada forensik bomba,” katanya di sini hari ini. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button