Nasional
PM menghadap Agong di Istana Negara
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara.
Pertemuan secara langsung itu adalah pertama kali sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana pada 18 Mac lalu.
Ketika PKP dikuatkuasakan mesyuarat pra Kabinet antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong dilakukan menerusi sidang video.-SM