Berita

PLKPIM perkasa wanita dalam teknologi dan ekonomi

MENYEDARI jurang pengetahuan dalam kalangan wanita terhadap bidang teknologi dan IT, Persatuan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (PLKPIM) telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan program pendidikan yang bukan sahaja berfokus kepada teknologi, tetapi juga merangkumi bidang ekonomi dan lain-lain.

Menyedari jurang pengetahuan dalam kalangan wanita terhadap bidang teknologi dan IT, Persatuan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (PLKPIM) telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan program pendidikan yang bukan sahaja berfokus kepada teknologi, tetapi juga merangkumi bidang ekonomi dan lain-lain.

Menurut Pengurus Kanan Jabatan Pembangunan Komuniti, Komunikasi Strategik dan IT Yayasan Wilayah Persekutuan (MAIWP), seminar ini adalah edisi kedua yang khusus dirangka untuk ahli-ahli persatuan.

“Kami dapati masih ramai wanita yang kurang pendedahan dalam bidang teknologi. Objektif utama kami adalah mengumpulkan pelbagai persatuan untuk menjalin kerjasama serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya wanita menjadi pemimpin. Wanita adalah tunjang utama dalam komuniti,” jelas beliau semasa sidang media.

Persatuan ini kini mempunyai lebih 600 ahli berdaftar, dengan 200 daripadanya masih aktif dan terus komited menyertai program-program yang dijalankan.

Inisiatif ini diharapkan mampu memperkasa wanita dalam memanfaatkan teknologi serta mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pemimpin dalam pelbagai bidang.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button