Teater

PKSM memperkenalkan seni warisan India pada orang ramai

Pertubuhan Kebajikan Sinaran Matahari (PKSM) menganjurkan Festival Warisan India My Madani 23 sempena memartabatkan kesenian budaya dari bangsa India.

Seni Pertahankan diri

Objektif program ini bertujuan mengenali budaya warisan seni kau ini kepada setiap lapisan serta meraikan keunikan dan garhayunya budaya kaum tersebut seperti Kulinari, Busana, Seni pertahankan diri dan tarian.

Pengurus program, Suraya Rahman berkata, program ini mendapat sokongan dari MOTAC kerana melihat warisan budaya India harus diperkenalkan kepada orang ramai.

Dari Kiri, Penolong Setiausaha MIC Selangor, Sritheran Renganathan, Presiden pertubuhan,Tuan Palani a/l Savariappan, Pengurus Program Suraya rahman.

‘’Kebudayaan India yang diketahui orang ramai sebanyak yang mungkin, kami juga berterima kasih kepada pihak MOTAC kerana memandang bangsa India untuk terus diperkenalkan kepada masyarakat umum’’. Jelasnya.

Menurut Penolong Setiausaha MIC Selangor, Sritheran Renganathan, kebudayaan seperti ini sangat bagus untuk memperkenalkan kepada orang ramai dan secara tidak langsung menerapkan warisan kepada generasi akan datang.

Antara Makanan warisan India

‘’Setiap bangsa ada kebudayaan mereka masing-masing, bagi masyarakat India memang kita ada kepelbagaian budaya, tetapi melihat kepada generasi kini kurang pendedahan mengikuti budaya kerana kurang pendedahan dari ibu-bapanya sendiri dan masyarakat.

Antara yang terlibat

‘’Jadi program seumpama ini wajar diteruskan agar dapat diterapkan dalam diri anak kecil dan lain-lain, lebih banyak peluang begini lebih banyak program kebudayaan akan diperluaskan di masa akan datang.

Aktiviti ini juga memberi manfaat kepada orang awam selain menjadikan ia satu produk rakyat yang inklusif dan majmuk seperti yang disarankan oleh Kementerian Pelancongan dalam Dasar Kebudayaan Negara.

PKSM juga akan mengadakan sekali lagi program Salam Lestari Malaysia di Masjid Jamek pada 25 Oktober ini. Orang ramai dijemput hadir.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button