PKR dakwa PN tidak didaftar
NAIB Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Syed Badli Shah Syed Osman mendakwa Perikatan Nasional tidak didaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)
Syed Badli berkata, semakan beliau setakat pukul 2.22 pagi tadi tiada rekod berkaitan berjaya dipaparkan.
“Saya telah membuat semakan melalui laman sesawang pendaftar pertubuhan (ROS) berkaitan status pendaftaran Parti Perikatan Nasional (PN) dan saya mendapati tiada rekod ditemui.
“Semakan seterusnya keatas nama “Perikatan Nasional” atau “Prikatan Nasional” turut tidak menemui sebarang rekod daftar,” kata Syed Badli.
Syed Badli berkata, melalui makluman media kononnya permohonan untuk pendaftaran Parti Perikatan Nasional telah dihantar sebelum atau pada 20 Ogos 2020.
Justeru beliau menggesa ROS untuk memberikan pencerahan mengenai status pendaftaran Parti Perikatan Nasional.
“Jika benar Parti Perikatan Nasional masih gagal didaftarkan beerti semua calon-calon yang masuk bertanding pada Pilihanraya Negeri Sabah kali ini di atas bendera Perikatan Nasional haruslah dibatalkan.
“Sehubungan itu saya menggesa pendaftar pertubuhan untuk mendedahkan status pendaftaran Parti Perikatan Nasional,” kata Syed Badli.