Nasional

PKP: Kejadian keganasan rumah tangga turut meningkat

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 turut menyumbang kepada peningkatan kes keganasan rumah tangga.

Menurut data yang dikumpul oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta pertubuhan bukan kerajaan, sejak PKP diperkenalkan pada 18 Mac lalu kejadian keganasan rumah tangga di Malaysia turut meningkat.

Memetik laporan New Straits Times sehingga 26 Mac lalu, Talian Kasih kementerian itu menunjukkan peningkatan 57 peratus atau 1,893 panggilan daripada wanita yang tertekan.

Siti Zailah Mohd Yusoff

Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, antara isu yang dibangkitkan ialah kewangan, masalah perkahwinan dan keganasan.

Katanya, semua panggilan untuk bantuan akan disalurkan kepada pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah, dan pada masa sama kementerian bekerja rapat dengan kaunselor. polis dan agensi yang berkaitan untuk menangani laporan penderaan.

“Terdapat sedikit peningkatan kes (keganasan rumah tangga), sebahagian besarnya kerana tertekan (didera suami yang) kerana berkurung dalam rumah. Situasi ini bagaimanapun terkawal.

“Kami faham berada dalam situasi seperti boleh mencetuskan ketegangan dan tertekan. Ada yang panas baran, dan mereka lepaskan kepada isteri. Ada kes di mana suami dan anak menjadi mangsa,” katanya kepada New Straits Times.

PENINGKATAN KEGANASAN RUMAH TANGGA

Isu keganasan rumah tangga bukan sahaja meningkat di Malaysia, di Perancis ia meningkat 36 peratus sejak wabak itu bermula, menyebabkan kerajaan untuk membiayai mangsa untuk tinggal di hotek dan menyediakan pusat kaunseling di pusat membeli-belah.

Australia menyaksikan peningkatan kes keganasan rumah tanggan sebanyak 75 peratus dan kerajaannya memperuntukan RM435 juta untuk pelbagai inisiatif.

Menurut Siti Zailah, pihak berkuasa Malaysia terus menangani kes ini apabila ia dilaporkan.

“Jika sesiapa rasa mereka didera atau bergelut dengan masalah, saya minta mereka hubungi Talian Kasih untuk dapatkan bantuan.

“Tindakan telah diambil terhadap semua kes yang kami terima setakat ini,” jelasnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button