Nasional

Pizza Hut rai kemeriahan raya tahun ini dengan Pizza Kari Raya

Pizza Hut ingin menganjurkan semua untuk meneruskan ikatan silaturrahim pada detik sukar ini.

Raya kali ini, umat Islam seluruh negara sekali lagi akan  menyambutnya dengan sedikit berbeza, namun tidak semestinya sambutan kali ini tidak  bermakna. 

Antara hikmahnya, keadaan kali ini membuka ruang untuk mengingatkan kita supaya sentiasa  menghargai keluarga dan insan tersayang, sama ada duduk serumah ataupun jauh di mata,  kita harus menghargai dan terus memberikan kegembiraan kepada mereka terutama sekali  di musim perayaan ini. 

“Raya adalah untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim dan walaupun perayaan tahun ini  nampaknya penuh dengan kenangan pahit manis, itu tidak bermakna kita tidak dapat  merayakannya dengan gembira. Sebaliknya, kita harus sentiasa bersyukur dan cuba untuk  mewujudkan cara baru untuk meyemarakkan lagi hubungan yang ada selama ini,” kata Emily  Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia. 

“Walaupun bersalam dan berkunjungan amat tidak digalakkan pada waktu ini, Pizza Hut  berharap agar semua umat Islam terus menyambut Hari Raya dengan meneruskan tradisi  ‘bersalam’ dan bermaafan melalui penghantaran pizza Kari Raya, disertakan dengan ‘Kad  Salam’ yang berfungsi sebagai kiriman salam kepada mereka yang jauh di mata.  

Pizza Kari Raya

“Pelanggan cuma perlu membuat pesanan melalui laman web atau aplikasi Pizza Hut, dan  mereka boleh memilih untuk menghantar pizza dan kad ini sebagai hadiah untuk rakan dan  keluarga mereka dengan mengisi maklumat penerima,” tambahnya. 

Pizza baharu yang diinspirasikan sempena sambutan Hari Raya ini telah dicipta untuk  meraikan ikatan dan mewujudkan semangat Raya pada semua, di mana setiap keluarga kini  dapat menikmati pizza terbaharu berperisa kari bersama keluarga tersayang di rumah tanpa kerumitan memasak dan menyediakan juadah Raya; kini kesemuanya dapat bersantai dan  menikmati setiap detik perayaan disamping keluarga bersama makanan yang mudah dinikmati ini.

 

Pizza Kari Raya menampilkan kerak unik berintikan kuah kari dan begedil, ditaburkan dengan  ayam perap dan dilimpahi dengan sos kari lazat, boleh didapati untuk waktu yang terhad dari  19 April hingga 21 Jun 2021 dengan harga bermula RM38.90 untuk hidangan ala carte, dan  hidangan kombo untuk 2 hingga 4 orang bermula dari RM44.90. Dapatkan pizza terbaru ini  melalui khidmat penghantaran, dan bawa-pulang serta melalui agregator khidmat  penghantaran makanan lain seperti Grabfood & Foodpanda.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button