Nasional

Pintu Neraka Ditutup, Pintu Syurga Dibuka – Kongsi Ismail Sabri

Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberi rezeki umur yang panjang sempat bertemu kembali bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah.

Ramadan tahun ini, sememangnya berlainan dari sebelum ini, semoga umat Islam dapat kembali merapatkan saf untuk menunaikan solat fardhu dan tarawih secara berjemaah, serta menyemarakkan program ihya Ramadan.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1443H kepada semua umat Islam. Semoga Ramadan kali ini dapat memperkuatkan lagi aspek rohani Keluarga Malaysia kita.

Kredit: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button