Politik

Pilihan raya kilat bukan jaminan hasilkan kerajaan stabil

PILIHAN raya kilat jika diadakan belum tentu dapat menghasilkan sebuah kerajaan yang stabil.

Ini disebabkan parti yang menang kemungkinan besar tidak mendapat majoriti yang selesa dan bakal mengundang ‘insiden’ lompat parti.

Aktivis sosial Dr. Chandra Muzaffar berkata, walaupun banyak pihak mengatakan ia akan menyelesaikan ketidaktentuan politik ketika ini, tetapi sebenarnya mungkin akan berlaku sebaliknya.

Memetik laporan Free Malaysia Today,  Dr. Chandra berkata, jika ada jika diadakan sekali pun tidak ada jaminan akan ada parti yang akan menang dengan majoriti yang selesa.

Hasilnya kata beliau, akan menyebabkan wakil rakyat akan rasa hendak melompat lagi,.

Sebelum ini Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyeru pilihan raya diadakan apabila krisis Covid-19 selesai.

Beliau mengatakan pilihan raya baru akan menghentikan permainan antara Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan mengenai sokongan majoriti.

Kedua-dua gabungan itu mendakwa masing-masing ada sokongan ahli Parlimen teramai.

Chandra berkata pilihan raya mungkin boleh menyebabkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri tergantung, menyebabkan lompat-melompat besar kemungkinan berlaku.

Namun, Pakatan Harapan (PH) Plus menolak idea mengadakan pilihan raya itu sebalik yakin mereka memiliki sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat dan mampu membentuk kerajaan sedikit masa lagi.

Malah mereka meminta jika itu berlaku, kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertindak membubarkan Dewan Rakyat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button