Politik

Bukan mudah wujudkan kemesraan begini

UMNO dan Pas dua parti terbesar orang Melayu dan Islam telah bermusuhan di arena politik sejak berpuluh tahun lalu.

Kedua-duanya seperti unsur yang berlainan umpama air dan minyak yang tidak boleh bercampur. Pada ketika pilihan raya di pusat-pusat mengundi pemimpin dan pengikut kedua-dua parti ini akan berada di belah yang bertentangan dengan jalan raya sebagai sempadan.

Warna biru dan merah seringkali mewakili BN dan UMNO sementara hijau dan putih seringkali mewakili Pas. Warna-warna yang dipakai pada baju pengikut masing-masing tidak pernah bercampur. Sentiasa terasing. Sentiasa terbahagi. Tidak pernah nampak bersama.

Bagaimanapun sekeping gambar mesyuarat Wanita UMNO dan Muslimat Pas yang tersebar di media sosial menunjukan warga biru, merah, putih dan hijau boleh bercampur dan kelihatan begitu harmoni.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyaraf Wajdi Dusuki, bukan mudah untuk mewujudkan kemesraan sebegitu antara UMNO dan Pas sebelum ini. Kedua-dua kumpulan tersebut telah bermusuhan dan bergaduh selama puluhan tahun kerana berbeza parti politik.

“Seronok tengok gambar Mesyuarat Muafakat Nasional antara Wanita UMNO dan Muslimah PAS ini. Bukan mudah untuk mewujudkan kemesraan antara dua pihak yang puluhan tahun berantakan.

“Moga Allah terus menyatukan hati-hati umat Islam demi kelangsungan perjuangan. Apakah perasaan rakan-rakan sama dengan saya?,” kata Asyrah Wajdi.

UMNO, Pas, rakan-rakan komponen BN serta Gagasan Sejahtera di Sabah dan Gabungan Parti Sarawak kini membentuk Muafakat Nasional.

Gagasan itu telah dicetuskan hasil daripada Piagam Muafakat Nasional yang dimeteraikan antara dua parti politik Melayu dan Islam terbesar di Malaysia tersebut semasa Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019. -SM

 

(Visited 502 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button