SEBANYAK 298, 306 pekerja di sektor pembuatan telah menerima suntikan dos vaksin Covid-19 pertama.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, sebanyak 28,596 pekerja di sektor pembuatan juga telah menerima vaksin Vocid-19 dos kedua.
“Angka tersebut adalah di bawah Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) sebagai tahap empat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk mempercepatkan imunisasi rakyat,” kata MITI dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Menteri MITI sebelum ini berkata, PIKAS dimulakan sebagai tindak balas terhadap seruan dari persatuan industri, dewan perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhana untuk membantu Kerajaan mempercepat imunisasi untuk rakyat.
Jelasnya, kerajaan komited untuk memastikan pekerja mendapat vaksin percuma di bawah PIKAS yang disokong oleh sektor swasta yang dilaksanakan di seluruh negara termasuk vaksinasi di premis kilang.
Setakat 21 Julai lalu, sebanyak 14,933 syarikat telah berdaftar di dalam program tersebut. -SM