Nasional

Raja Arab Saudi titah hulur segera bantuan perubatan kepada Malaysia

RAJA Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud telah menitahkan kepada King Salman Centre for Relief and Humanitarian Action untuk segera menghulurkan bantuan peralatan perubatan kepada Malaysia.

Menteri Kanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berkata, perkara tersebut dimaklumkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdul Abdulaziz Al-Saud kepadanya dalam perbualan telefon hari ini.

Hishamuddin berkata, titah Raja Salman tersebut merupakan satu penghormatan yang tinggi kepada negara dan melambangkan persahabatan yang tulus antara kedua-dua negara.

“Setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Putera Mahkota memakluman kepada saya bahawa Raja Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, Baginda Raja Salman sendiri telah menitahkan supaya King Salman Centre for Relief and Humanitarian Action segera menyalurkan sumbangan peralatan perubatan dan sebarang keperluan demi membantu Malaysia menangani cabaran pandemik #COVID19.

“Ini satu penghormatan besar dan benar-benar melambangkan ketulusan Kerajaan Arab Saudi dalam menjalinkan persahabatan dengan Malaysia,” kata Hishammuddin dalam satu kenyataan ringkat di media sosialnya.

Menurut Menteri Luar tersebut, Kerajaan Malaysia amat berterima kasih kepada keprihatinan Raja Salman, Mohamad dan Kerajaan Arab Saudi.

Hishamuddin berkata, beliau akan memperincikan bantuan yang diperlukan Malaysia kepada Putera Mahkota Arab Saudi dan memastikan titah Raja Salman dilaksanakan.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, menjunjung kasih buat Baginda Raja Salman, Putera Mahkota Mohammad bin Salman dan Kerajaan Arab Saudi atas kebaikan serta keprihatinan yang sangat mendalam ini.

“Insya-Allah, saya akan terus bekerjasama rapat dengan Putera Mahkota bagi memperincikan bentuk keperluan terkini yang negara perlukan sekaligus memastikan titah baginda Raja Salman ini berjalan lancar,” kata Hishammuddin.-SM

 

 

 

(Visited 280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button