Nasional

PH beri bayangan bentuk kerajaan perpaduan bersama BN di Perak

DAP Perak hari ini berkata Barisan Nasional (BN) Perak dan Pakatan Harapan (PH) telah bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan di negeri itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, kedua-dua gabungan itu telah memperoleh 33 kerusi DUN majoriti selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Demi rakyat dan negara, BN Perak dan PH bersetuju membentuk kerajaan negeri dan maklumat terperinci akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu.

Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai jumlah yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri sendiri, menurut keputusan rasmi.

PN mempunyai 26 kerusi, PH mempunyai 24 kerusi dan BN mempunyai sembilan kerusi. Sebanyak 30 kerusi diperlukan untuk majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Perak. -SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button