Uncategorized

Zahid tidak akan letak jawatan, pegang 26 Ahli Parlimen dengan surat akujanji!

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus menunjukkan permainan penuh luar jangka apabila sekitar 11.30 pagi tadi, satu sidang media telah dibuat.

“Bersama-sama dengan saya adalah 26 daripada 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang hadir dan dua daripadanya sedang demam.

“Mereka adalah ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan,” kata Zahid sebagai pembuka bicara.

Dalam sidang media itu, Zahid menjelaskan ketetapan dan arahan parti yang diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN adalah merupakan arahan tetap yang wajib diikuti ahli-ahli Parlimen BN kerana masing-masing bertanding atas tiket BN.

“Mana-mana individu selaku ahli Parlimen yang menandatangani sebarang dokumen terutamanya akuan bersumpah untuk menamakan sesiapa sahaja sebagai calon Perdana Menteri adalah tidak sah kerana ianya melanggar ketetapan parti serta akuan-akuan bersumpah yang telah ditandatangani setiap calon-calon BN.

“Kita telah mengambil ketetapan bahawa ahli-ahli parlimen BN yang akan mengikut ketetapan Dewan Tertinggi BN hanya akan membuat keputusan untuk menyertai mana-mana gabungan parti-parti politik bagi membentuk Kerajaan baharu di negara ini berdasarkan kepada jawatankuasa perundingan yang telah kami bentuk untuk mengadakan rundingan-rundingan dengan pihak-pihak yang akan membentuk Kerajaan,” katanya.

 

(Visited 227 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button