Ekonomi

Petronas rugi RM21 bilion

Syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM21 bilion pada separuh pertama 2020. Kerugian ini adalah yang pertama sejak Suku Keempat Tahun Kewangan 2015.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, kerugian didorong terutamanya oleh kemerosotan perolehan sebanyak 23 peratus kepada RM93.6 bilion serta rosot nilai.
“Kami menjangkakan prestasi Petronas akan terus terjejas akibat ketidaktentuan disebabkan oleh pandemik Covid-19,” katanya lagi.
Kerugian itu sekaligus menimbulkan persoalan mengenai pembayaran dividen berjumlah RM24 bilion kepada kerajaan seperti yang diumumkan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin pada Januari lalu.
Jelas Tengku Muhammad Taufik, jumlah RM24 bilion itu adalah bersandarkan kepada harga minyak mentah tahun lepas.
Menurutnya, pembayaran dividen kepada kerajaan pada tahun ini adalah tertakluk kepada kemampuan syarikat tersebut.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button