Nasionalpilihan

Petani sayur konvensional lega Kerajaan hulur bantuan kewangan

PETANI moden seperti anak jati Johor Darul Takzim, Sharifah Md Padzil gembira apabila beliau menerima bantuan Keluarga Malaysia bagi memudahkannya menjaga tanaman.

Menerusi bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan hari ini, petani wanita berusia 36 tahun itu berkata, beliau juga dapat melaksanakan impiannya untuk mengusahakan tanaman berteknologi baharu yang dinamakan fertigasi.

“Bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan sebanyak RM11,000 kepada syarikat saya yang berdaftar atas nama Effa Berapi Legacy memberi banyak manfaat.

“Saya sangat bersyukur dapat mengurangkan bebanan kos selain daripada mampu membuat penambahbaikan ke atas kebun tanaman daripada kaedah konvesional kepada fertigasi,” katanya memulakan bicara.

Sharifah Md Padzil

Sharifah berkata, bantuan kewangan yang diperoleh itu juga digunakan untuk membeli benih dan baja selain peralatan berkebun.

“Dengan pembelian benih-benih yang berkualiti maka tanaman yang dihasilkan walaupun menerusi kaedah konvensional buat masa ini, hasilnya lebih baik berbanding sebelum ini,” ujarnya.

Sharifah berkata, tanah seluas 1.2 hektar ditanam dengan sayur sawi, bawang yang menghasilkan daun bawang, timun dan bendi.

Bercerita dengan lebih lanjut, cabaran yang dihadapi oleh petani seperti Sharifah ialah apabila tanaman-tanamannya dijangkiti penyakit.

Oleh yang demikian, katanya, peralihan kaedah penanaman daripada konvensional perlu dilakukan dengan kadar segera.

“Ini kerana tanaman fertigasi dapat mengurangkan kos,” katanya.

Walaupun teknologi tanaman fertigasi memerlukan kos yang sangat tinggi namun kata Sharifah, beliau yakin dengan bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan menerusi dana yang diperoleh, ia sangat membantu petani moden seperti dirinya.

“Buat masa sekarang, saya masih dalam proses ke arah penaman fertigasi yang mana peralatan seperti batang-batang paip sudah ada. Hanya 30 peratus sahaja persiapan yang baharu dilakukan.

“Jadi, lain-lain peralatan belum ada. Segala-galanya dilakukan secara berperingkat-peringkat dan tahap sekarang ialah meratakan tanah.

“Itu pun sudah mengambil sedikit masa,” katanya sambil menambah, pihaknya perlu ada modal pusingan antara RM3,000 ke RM4,000 sebulan untuk kerja-kerja penyelenggaraan kebun. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button