Luar Negara

Petani Jepun guna tukul untuk tingkatkan pengeluaran cendawan shiitake

PETANI cendawan di Jepun beralih kepada penggunaan tukul dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran cendawan shiitake.

Kaedah menggunakan tukul semakin tersebar di kalangan penanam cendawan shiitake di wilayah Oita di Pulau Kyushu terletak di barat daya Jepun, lapor Sora News 24.

Shiitake tidak akan tumbuh di atas tanah sebaliknya memerlukan batang pokok untuk mula tumbuh.

Untuk meningkatkan hasil pengeluaran, petani akan emnyembur batang pokok dengan air kira-kira dua minggu sebelum cendawan mula tumbuh dan menggunakan tukul untuk mengetuk kayu tersebut.

Kaedah menggunakan tukul untuk meningkatkan hasil telah disahkan oleh Pusat Bimbingan Penyelidikan Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Wilayah Oita.

Pusat itu pada Januari telah menjalankan eksperimen untuk membandingkan kesan memukul batang pokok dengan tukul dan mendapati batang pokok yang telah dipukul menghasilkan lebih daripada dua kali ganda cendawan shiitake.

Ia mengesyorkan petani untuk memukul batang pokok lima kali pada setiap sisi, sambil menambah bahawa tempat yang paling berkesan adalah pada kulit batang pokok, jauh daripada tepinya yang dipotong rata.

Penyelidik tidak pasti kenapa kaedah berkenaan adalah jawapan untuk meningkatkan pengeluaran cendawan shiitake, kecuali kemungkinan bahawa getaran dapat meningkatkan pertumbuhan cendawan itu dan pukulan akan menghasilkan getaran yang diperlukan.

Pusat itu berharap penggunaan teknik yang lebih baik akan membawa kepada produktiviti yang lebih besar untuk petani sedia ada dan menggalakkan petani baru dalam bidang itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button