NegeriRencah Hidup

Petani bimbang harumanis berbunga lebat luar biasa sekadar “jamu mata”

SESIAPA saja yang memasuki Perlis, pastinya di mana-mana sahaja di sepanjang jalan akan teruja melihat kiri kanan pokok harumanis sedang berbunga lebat yang sangat luar biasa pada tahun ini.

Jika dilihat pada rimbunan bunga itu, jangkaannya pengeluaran harumanis bukan sahaja akan meningkat malah boleh membawa kepada lambakan.

Bunga harumanis yang berbunga lebat disifatkan penanamnya sekadar “menjamu mata” sebab kelihatan cantik.

Bagaimanapun di kalangan penanam harumanis, luar biasa lebatnya bunga harumanis lsetakat ini masih disifatkan sekadar “menjamu mata”.

Hakikatnya kalangan penanam harumanis masih resah kerana musim timur yang sepatutnya bercuaca kering di mana sangqt diperlukan sepanjang tempoh berbunga kini telah berlaku sebaliknya.

Salah seorang penanam harumanis, Abdul Hanan Saad, 38, dari Mata Ayer berkata, pokok harumanis yang sedang berbunga amat sensitif dengan hujan di mana semakin kerap sejak akhir-akhir ini.

“Pokok harumanis di kebun saya juga telah berbunga buat kali ketiga di mana kali pertama dan kedua rosak disebabkan hujan,” katanya.

Beliau berkata, bila kena hujan bunga akan mulai rosak apabila menjadi hitam.

Katanya, biasanya setiap kali lepas hujan, penanam juga akan menyebur racun supaya bunga muncul kembali.

Bunga lebat harumanis.

“Nampaknya kalangan kami (penanam harumanis) ada yang dah mula putus asa, ini kerana sebaik saja sembur racun, hujan semula,” katanya.

Beliau berkata, bunga harumanis memang rosak selepas hujan kerana akan mula diserang kulat dan juga kutu trip.

Abdul Hanan Saad

Katanya, tambahan pula sekarang hujan di sebelah petang di mana air akan bertakung semalaman pada bunga.

“Kalau hujan di sebelah pagi dan panas pula di sebelah petang sekurang-kurangnga akan membantu mengeringkan bunga,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, apapun penanam tetap membuat yang terbaik supaya peminat harumanis di seluruh negara dapat menikmati buah ikon Perlis ini mulai April nanti. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button