Pesawat Nepal terhempas, 66 terkorban
SEBUAH pesawat Nepal yang membawa 72 penumpang terhempas di kawasan Lembah Sungai Seti pagi tadi dilaporkan mengorbankan 66 nyawa
Difahamkan, terdapat 68 penumpang dan empat anak kapal serta 15 warga asing yang berada dalam penerbangan tersebut.
Dipercayai pesawat ATR 72 milik syarikat penerbangan Yeti Airlines itu berlepas dari Kathmandu menuju ke bandar Pokhara.
Walau bagaimanapun, pesawat tersebut telah terhempas ketika sedang melakukan pendaratan di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pok.
Perdana Menteri Nepal, Pushpa Kamal Dahal menzahirkan rasa sedih atas tragedi tersebut.
Beliau telah memanggil anggota Kabinetnya untuk mengadakan satu mesyuarat tergempar dan mengarahkan anggota polis dan tentera dikerah ke lokasi nahas.
Sementara itu, jurucakap Tentera Nepal, Krishna Bhandari, berkata, 66 mayat ditemukan di lokasi nahas setakat ini dan usaha mengesan enam lagi mangsa sedang giat dijalankan.
“Kami menjangkakan akan menemukan lebih banyak mayat,” katanya kepada media tempatan.
Beliau berkata, pesawat malang itu terputus dua di mana badan pesawat yang terbakar cuba dipadamkan api oleh petugas penyelamat.
Difahamkan, 53 penumpang adalah warga Nepal. India (lima) Rusia (empat) dan Korea (dua).
Sementara penumpang warga Ireland, Australia, Argentina dan Perancis, masing-masing satu. – SM