Nasional

Pesawah kawasan LPP di Kedah rugi RM13.5 juta akibat banjir

SERAMAI 972 pesawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di negeri ini mengalami kerugian kira-kira RM13.5 juta selepas kawasan tanaman padi seluas lebih 1,500 hektar ditenggelami banjir.
Memetik BERNAMA Pengerusi LPP Datuk Mahfuz Omar berkata Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Asun di sini antara yang terjejas teruk dengan 367 hektar sawah terkesan yang melibatkan 189 pesawah.
“Menyedihkan apabila tanaman yang terlibat berusia antara 85 hingga 100 hari, hanya tunggu dituai…petani kini dalam dilema kerana terpaksa tuai juga untuk nak bajak semula sawah, sedangkan padi tak memberi hasil untuk menampung kos operasi akan datang.
“Saya difahamkan, PPK Asun di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menghasilkan padi yang elok, bagi saya 1.8 tan metrik serelong (0.28 hektar) adalah tinggi dan menghampiri kawasan jelapang (MADA), saya harap mereka bersabar dengan ujian Allah ini,” katanya kepada pemberita di JItra hari ini
Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan bakul makanan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui LPP kepada mangsa banjir di Kampung Paya Tok Teh, Jitra. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button