Kemalanganpilihan

Pesara SAMB maut dirempuh Perodua Myvi

Seorang pesara Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) maut selepas motosikal ditunggangnya selepas terbabit dalam kemalangan dengan dua buah kereta di Jalan Bukit Balai, Durian Tunggal di sini hari ini.

Dalam kemalangan pukul 7.10 pagi itu, Yusup Kasim, 66, dari Kampung Belimbing Dalam yang menunggang motosikal jenis Honda Dash maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Arshad Abu berkata, mangsa dalam perjalanan dari Gangsa ke pekan Durian Tunggal manakala dua kereta kenderaan pelbagai guna (MPV)
Perodua Alza dan Perodua Myvi dari Gangsa menghala ke Pekan Durian Tunggal.

Menurutnya, setibanya mangsa di tempat kejadian motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

Katanya, motosikal mangsa terlebih dahulu bergesel di sebelah kanan kereta Perodua Alza yang dipandu seorang guru dikenali Razilah Ramli, 48.

“Akibat daripada itu, motosikal Yusup kemudiannya dirempuh seorang lagi guru dikenali sebagai Siti Nabilah Baharim, 38, yang memandu Perodua Myvi menyebabkan mangsa melambung dan meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya dalam satu kenyataan harib ini.

Arshad berkata, akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal di lokasi oleh pegawai perubatan.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button