Berita

Pesakit Covid-19 sepatut keluar hari ini, terjun dari bangunan hospital

Kes pesakit Covid-19 yang maut akibat terjun dari bangunan Hospital Queen Elizabeth (HQE) semalam, sepatutnya keluar hospital hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, mangsa wanita itu dimasukkan ke HQE akibat jangkitan Covid-19 dan sepatutnya dibenarkan keluar hari ini.
Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai kejadian ini belum diperoleh kerana pihak polis masih menyiasat punca sebenar kejadian berkenaan.
Pagi tadi, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji mengesahkan insiden seorang wanita maut apabila terjatuh daripada bangunan HQE pada 9.15 malam.
Siasatan awal mendapati anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas melakukan rondaan terdengar satu bunyi kuat sebelum menemukan mayat mangsa wanita berusia 63 tahun.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button