Politik

Perwakilan sebulat suara setuju UMNO tarik diri dari kerajaan PN

KESEMUA perwakilan Perhimpuan Agung UMNO 2020 bersetuju dengan sebulat suara untuk parti itu menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional.

Perwakilan memberikan kebenaran tersebut selepas Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta kebenaran mereka ketika sesi Pengulungan Ucapan Presiden UMNO sebentar tadi.

“Sidang perwakilan, sekali lagi kalau kita bersetuju dengan cadangan daripada Pengerusi-Pengerusi Perhubungan yang menjadi jurucakap untuk memberi mandat kepada Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi untuk menentukan jeda atau masa untuk tarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional saya minta banggun memperlihatkan sokongan.

“Saya mahu tanya dengan kebenaran Pengerusi Tetap, Pengerusi Tetap tanya dengan perwakilan baru sah, setuju atau tidak,” minta Ahmad Zahid.

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badrudin Amiruldin kemudian melontarkan pertanyakan kepada perwakilan yang hadir di dalam Dewan Merdeka serta perwakilan yang hadir secara maya, “Setuju atau tidak setuju? Maya-maya setuju? Dewan-dewan setuju? Setuju semua. Alhamudllilah.”

Dalam ucapan tersebut, Ahmad Zahid turut mengingatkan pemimpin UMNO yang berjawatan menteri dan timbalan menteri supaya sedar bahawa pelantikan mereka diputuskan oleh parti.

Presiden UMNO itu mencabar mereka untuk meletakkan jawatan jika bertindak mengkhianati keputusan yang telah dibuat oleh perwakilan untuk menarik diri daripada menjadi Kerajaan Perikatan Nasional.

“Jika ada dalam kalangan mereka yang telah seronok berada dalam bilik yang terlalu berhawa dingin dan berkerusi empuk lihat dan harus tahu bahawa mereka yang berada di sana termasuk seseorang yang menjadi menteri tetapi tidak berada di pentas ini, tetapi menikam UMNO daripada belakang.

“Kalau dia anak jantan dia harus meletakkan jawatan sebagai menteri. Ini makhluk perosak. Kalau bukan kerana UMNO tidak akan ada dia dalam kementerian berkenaan.

“Bila jawatan yang telah menjadikan kegelian maksimum mereka harus sedar tanpa kita perwakilan dan akar umbi kita juga tidak akan pernah merasa kedudukan sebagai menteri semula,” sindir Ahmad Zahid.-SM

 

-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button