Nasional

Pertanian, Pelancongan tonggak Belanjawan Selangor 2021

SELANGOR melihat potensi pertanian, pelancongan dan agropelancongan sebagai antara landasan utama dalam menentukan Belanjawan 2021 negeri itu.

Pertanian, pelancongan dan agropelancongan merupakan salah satu lima tonggak yang dilihat berpotensi bagi memangkin pertumbuhan ekonomi pada tahun hadapan.

Tonggak tersebut juga adalah berdasarkan kelebihan ada pada negeri itu yang mempunyai aset penting untuk terus diteroka dan dikembangkan menerusi sektor ekonomi.

“okus Belanjawan Selangor 2021 akan mementaskan pengupayaan, pengukuhan dan pengembangan 5 tonggak yang berpotensi tinggi dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.

“Tonggak pertama dikenali sebagai Pertanian, Pelancongan dan Agropelancongan.

“Tonggak ini bakal memberi tumpuan kepada pembangunan dan kelestarian sektor-sektor pertanian, pelancongan dan agropelancongan dengan mengambil kira kelebihan Selangor.

“Selangor mempunyai pelbagai aset semulajadi dan modal insan yang berkualiti.

“Pelbagai idea bakal dilaksanakan bagi memastikan kelestarian untuk pekerja, pasaran, kesan pada alam sekitar dan kesejahteraan komuniti terlibat.”

Kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan hari ini.

Selangor merupakan antara negeri yang signifikan dalam pembentukan bajet bagi perbelanjaannya pada setiap tahun.

Ini kerana negeri itu merupakan penyumbang tertinggi iaitu 24 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button