Agama

Pertahan akauntibiliti, integriti tingkat keyakinan masyarakat kepada MAIPs

KUALA SANGLANG – Kepimpinan yang berintegriti dan berakauntibiliti bukan sahaja menjadi contoh kepada kakitangan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), tetapi juga memperkukuhkan keyakinan masyarakat terhadap institusi ini.

Pada masa yang sama, sumber manusia adalah aset terpenting dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi. MAIPs diseru supaya terus melabur dalam pembangunan kapasiti kakitangan melalui latihan dan bengkel yang relevan. Ini adalah kerana MAIPs bukan sahaja memerlukan individu yang mahir, tetapi juga yang berjiwa besar dan berdedikasi terhadap matlamat organisasi.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kuala Sanglang baru-baru ini.

Program kayuhan amal anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ini turut disertai oleh ketua-ketua jabatan serta agensi Negeri dan juga Persekutuan. Inisiatif ini bertujuan bagi menyantuni golongan asnaf dengan mendekati masyarakat secara langsung, sekaligus mengenal pasti keperluan mereka.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs, berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM700, Kits MAIPs Peduli, serta beras Fidyah kepada para penerima terpilih.

Asnaf yang terpilih pada edisi kali ini iaitu Zulkefle Mohamad, 65 tahun, Bunga Jaya, 81 tahun dan Rosli Hussin, 59 tahun.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan MAIPs dalam memperkasa usaha kebajikan dan mempererat hubungan dengan masyarakat setempat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button