Association of International IOT entrepreneur’ bakal cipta bandar teknologi Ai
PENUBUHAN Association of International IOT entrepreneur bakal cipta sebuah bandar yang pertama di dunia dengan teknologi Ai Robot di Johor Bharu dengan kos anggaran RM5 juta.
Memandangkan struktur ekonomi dunia sedang bergerak ke arah digitalisasi, satu-satunya sistem Ai menghubungkan rangkaian industri digital ialah sistem IoT.
Semua perniagaan tradisional perlu disesuaikan dengan persekitaran digital melalui IoT untuk mewujudkan ekosistem IoT.
Menurut Datuk Seri Steven Yong, lima ke sepuluh tahun akan datang, IoT akan menjadi penanda aras penting dalam pembangunan negara dan akan membawa kepada perubahan besar dalam pelbagai bidang.
‘’IoT bermakna ‘Internet of things’ maksudnya, selain kita punya badan dari baju sehingga kaca mata dan segalanya sekalipun akan berhubung dengan internet melalui chip, jadi apabila anda berada di bandar ini lifestyle akan bertukar, bagaimana ia bertukar kerana semua pakai internet.
‘’Sebagai contoh apabila kita pergi ke restoran Ai robot akan layan kita sebelum duduk, robot ini juga akan tahu siapa yang akan datang dan menu makanan juga dia akan tahu apa yang kita mahu, kenapa robot itu tahu kerana kita tahu ada data yang besar sudah simpan’’.
‘’Selain itu mereka yang membeli kediaman akan diberikan 3 Ai robot dalam satu rumah, seperti robot untuk memasak, robot untuk jaga kesihatan dan robot cuaca’’.
Jelasnya pada sesi sidang media semalam yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Bagi dirinya memilih negeri Johor Bharu merupakan kawasan yang tepat untuk menarik pelabur ke dalam negeri terutamanya golongan pelancong untuk membeli kediaman dengan gaya hidup mewah dan sihat.
‘’Target kami 50 persen adalah pelancong kerana lifestyle mereka yang tinggi, kita fokus orang luar dari Singapura, China, Jepun dan Taiwan akan masuk ke smart city sebab itu kita memilih Johor tambahan tanahnya luas.
Steven juga menjakangkan dalam tempoh 10 tahun akan datang diramalkan dunia akan mempunyai dua jenis manusia iaitu manusia baru dan manusia lama.
Manusia baru adalah mereka yang menerima teknologi IoT manakala manusia lama adalah mereka yang terputus hubungan dengan teknologi IoT.
Manusia lama akan terus menggunakan tabiat dan persekitaran hidup yang sedia ada, tetapi semakin berkurangan
Untuk mewujudkan ekosistem loT ini semua peniaga perlu bertukar dan sesuaikan dengan persekitaran digital.