Nasional
Permohonan i-Citra dibuka hari ini
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra mulai hari ini, tiga hari lebih awal daripada tarikh ditetapkan.
Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, memaklumkan permohonan itu boleh dibuat melalui laman sesawang icitra.kwsp.gov.my.
Bagi memudahkan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan ‘one-time password’ (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran terbabit.