Perlis wajib tulisan Jawi pada papan iklan baharu 1 Februari
SECARA rasmi mulai 1 Februari depan, mana-mana papan iklan baharu di semua premis termasuk “billboard” di Perlis diwajibkan meletakkan tulisan Jawi.
Sekaligus ketetapan ini menggambarkan ketegasan kerajaan “Perlis Baharu” dalam
usaha mendaulatkan semula tulisan Jawi yang merupakan warisan orang Melayu yang semakin dilupakan.
Perkara ini diumumkan oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Asrul Aimran Abd Jalil ketika ditemui media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di pejabatnya di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Kangar.
Beliau berkata, pihaknya juga telah melakukan kolaborasi dengan Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) dan Munsyi Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi memastikan setiap tulisan jawi itu terpelihara dari segi ejaan.
Sebelum ini, Asrul Aimran berkata, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) kini dalam proses untuk siapkan garis panduan bagi mewajibkan tulisan Jawi diletakkan pada papan tanda iklan yang baharu.
Tambahnya, setelah siap
garis panduan ini baharulah surat pekeliling akan dihantar kepada setiap pemilik premis di negeri ini.
Sehubungan itu, katanya sebaran surat pekeliling ini akan memudahkan setiap pemilik premis untuk mematuhi peraturan ini kelak.
Baru-baru ini, Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli menjelaskan tulisan Jawi perlu diletakkan pada bahagian atas sekali, diikuti bahasa rumi dan kemudiannya bahasa ibunda masing-masing pada setiap papan iklan baharu.
Sekaligus “Perlis Baharu” juga bakal mengikut jejak langkah Kedah, Kelantan dan Terengganu bagi mewajibkan tulisan Jawi pada papan iklan. – S