Nasional

Perlis tuan rumah persidangan komander askar wataniah kebangsaan

Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Tentera Darat Malaysia Siri Ke 33 Tahun 2022 akan dituanrumahkan oleh negeri Perlis dari jumaat 28 Oktober hingga ahad 30 Oktober 2022 yang akan datang ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyertai program berbasikal anjuran  Me’nate Steak Hub yang bermula dan Me’nate Steak Hub yang bermula dan berakhir di perkarangan cawangan restoran berkenaan di The Curve Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarahnya, Azuan Arif Tan Sri Mohd Ariffin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah turut memaklumkan bahawa komander-komander yang datang dari seluruh negara akan memulakan program dengan menghadiri majlis sembah mengadap hormat ke atas Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang pernah menjadi Komander Rejimen 504 ketika memegang jawatan Tuanku Raja Muda Perlis suatu ketika dahulu dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Bt Almarhum Tengku Abdul Rashid di Istana Arau pada jumaat malam. Para peserta akan kemudiannya diraikan dengan majlis santapan malam yang dihoskan oleh Kerajaan Negeri.

Pada pagi hari kedua iaitu sabtu pagi, akan berlangsungnya persidangan SKAW di Bilik Senat, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Alam Pauh Putra dan diikuti pada sebelah petangnya lawatan silatulrahim ke salah sebuah kem Tentera Darat DiRaja Thailand tidak jauh dari sempadan Malaysia-Thailand Padang Besar.

Mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) Malaysia, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman.

Pagi terakhir iaitu ahad nanti, para Komander akan menyertai satu program istimewa berupa ‘Explorace’ di sekitar Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis bagi berinteraksi dengan masyarakat setempat sebelum bersurai pada tengaharinya untuk pulang ke negeri asal masing-masing.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda mengucapkan penghargaan kepada Dato’ Zamri Mohamad dan Kasyaf Bina Sdn Bhd. yang membiai kos untuk jemputan persembahan kebudayaan pada jamuan makan pada sabtu malam dan juga Robin Lim dari Superfruits Valley di Chuping, Perlis yang akan menyumbangkan jus buah ara serta beberapa buah-buahan segar lain seperti mulberi, buah ara, buah markisa dan gac hasil produk mereka.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button